MESYUARAT MTN KE-79: KELESTARIAN ALAM SEKITAR
02 December 2021

2 Disember - Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-79 telah diadakan pada 2 Disember 2021 dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara persidangan video.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, serta 10 wakil Kerajaan Persekutuan terdiri daripada menteri kanan serta menteri berkaitan bersama Menteri Besar, Ketua Menteri atau wakil.
Mesyurat MTN Ke-79 kali ini telah bersetuju dengan 4 dasar berkaitan dengan perhutanan dan perlombongan yang dibentangkan iaitu:
1) Rang Undang-undang (RUU) Perhutanan Negara (Pindaan) 2020 bagi Seksyen 11 dan 12 yang telah diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara pada 3 Disember 2020 dan Jemaah Menteri pada 6 Januari 2021.
2) Tindakan Penguatkuasaan dan Penyelesaian Terhadap Penerokaan Haram dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia.
3) Pelaksanaan Moratorium Kelulusan Baharu Penubuhan Ladang Hutan dalam HSK di Semenanjung Malaysia selama 15 tahun.
4) Mengesahkan keputusan-keputusan Mesyuarat Majlis Mineral Pertama yang dipengerusikan oleh YB Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa & Industri pada 16 Februari 2021.


Attachments